Valve Memulakan Ujian Beta Steam Untuk Linux Dikalangan Pengguna

Diterbitkan pada Nov 7, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Steam untuk Linux merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna Linux, dan hari ini Valve secara rasminya telah pun memulakan ujian beta mereka dikalangan para pengguna, memberikan akses awal kepada sesetengah pengguna yang terpilih.

Buat masa awal ini, ia diperkenalkan untuk para pengguna Ubuntu, dan didatangkan bersama-sama beberapa permainan, termasuk Team Fortress 2 dan beberapa yang lain.

Menurut Valve, dalam minggu pertama mereka membuka bancian Steam untuk Linux ini, mereka menerima lebih 60,000 respon daripada para pengguna, dan untuk fasa pertama ini, sebahagian daripada mereka mendapat akses untuknya.

Rujuk Hab Steam untuk Linux untuk maklumat lanjut

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami