Lenovo Melancarkan IdeaPad Yoga Secara Rasmi Di Malaysia

Lenovo Melancarkan IdeaPad Yoga Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan komputer riba yang dinantikan ramai, iaitu IdeaPad Yoga, yang mana membolehkan ia dilipat 360-darjah, diubah daripada komputer riba ke tablet dengan mudah.

Lenovo IdeaPad Yoga didatangkan dalam dua model untuk pasaran tempatan, iaitu Yoga 13 dan juga Yoga 11. Yoga 13 membawakan penggunaan Windows 8 bersama-sama cip pemprosesan Intel, serta dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 13.3-inci HD+ padanya. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM3599.

Yoga 11 pula menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra, dan dijana menggunakan Windows RT serta dilengkapi dengan Office RT padanya, dengan skrin bersaiz 11.6-inci. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM2599.

Selain daripada kedua-dua komputer riba boleh ubah ini, Lenovo Malaysia turut sama memperkenalkan Lenovo Thinkpad Twist untuk pasaran Malaysia, yang mana membawakan kebolehan untuk memusingkan skrin dan memudahkan lagi anda mempersembahkan sesuatu perkara. Lenovo Thinkpad Twist dijual pada harga bermula RM3519 di Malaysia.


TIPS & ULASAN