Hanya akan dibicarakan pada 2014
Nampaknya, perang antara dua gergasi pengeluar peranti pintar ini akan berterusan, dimana terkini Apple mengatakan Samsung Galaxy Note 10.1 melanggar paten mereka, dan pada masa yang sama meminta menambah Android 4.1 Jelly Bean dalam saman mereka.
Galaxy Note 10.1 merupakan tablet yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Samsung membawakan sokongan stylus bernama S-Pen bersama-sama dengannya. Apakah sebab Apple menambah tablet keluaran ini dibawah senarai pelanggaran hak cipta mereka masih tidak diketahui sepenuhnya, memandangkan pembicaraan hanya akan bermula pada tahun 2014.
Mungkin pada masa itu kelak, kita akan melihat versi Galaxy Note 10.1 yang baru, mahupun versi Android yang lebih baru berbanding sekarang. Google sendiri dijangka akan memperkenalkan Google Glass mereka pada tahun yang sama.