Cari @ Amanz

berhasrat mewujudkan tiga syarikat gergasi ICT menjelang tahun 2015Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak hari ini telah pun melancarkan sebuah inisiatif baru, dinamakan sebagai Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh), yang mana bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi usahawan dalam industri dan sector teknologi maklumat dan industri kreaitf multimedia.

Daripada perancangan untuk inisiatif PUsh ini,ia disasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya tiga syarikat gergasi ICT tempatan menjelang tahun 2015 kelak.

Inisiaitf ini bakal dikendalikan oleh Yayasan Usahawan Baru dan Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia, serta dengan sokongan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang bertanggungjawab.

Untuk menjayakan inisiatif ini, dana awal sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan dibawah Belanjawan 2013 yang lepas, selain mana MAVCAP (Malaysia Venture Capital) akan memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuknya.

Antara perkara yang disasarkan untuk dilaksanakan adalah termasuk program latihan dan bimbingan, serta strategi penggabungan & pengambil-alihan syarikat.

  • Info
  • Lebih informasi berkaitan program ini bakal dikongsikan di myNEF.com oleh penganjurnya.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd