Me.ga Menghadapi Pelbagai Masalah Jauh Sebelum Ia Dilancarkan

Me.ga Menghadapi Pelbagai Masalah Jauh Sebelum Ia Dilancarkan

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

Belum pun dilancarkan lagi, nampaknya laman Me.ga daripada pengasas MegaUpload telah pun menerima pelbagai halangan. Selain daripada komen dari kementerian Gabon (yang mengawal domain .GA), kini kelihatan nama domain Me.Ga seperti digodam, dan diarahkan ke sebuah akaun Twitter, dinamakan sebagai Omega (@O).

Kementerian di Gabon, salah sebuah negara di bahagian barat Afrika, telah pun mengarahkan meminta untuk domain tersebut digantung, supaya tidak disalah-gunakan untuk melanggar hak cipta dan sebagainya.

Walaupun buat masa ini nama domain tersebut masih aktif, namun ia membawa pengguna ke sebuah akaun Twitter (@O), dan mengatakan mereka kini mengawal nama domain berkenaan.

Walaupun Kim Dotcom tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan nama domain yang telah digodam, namun, ketika kenyataan kementerian Gabon dikeluarkan, Kim mengatakan mereka mempunyai nama domain alternatif, dan perkhidmatan mereka akan dilancarkan seperti mana dirancang.


TIPS & ULASAN