ZTE Bakal Melancarkan Peranti Windows Phone 8 Dengan Paparan Skrin 1080p?

ZTE Bakal Melancarkan Peranti Windows Phone 8 Dengan Paparan Skrin 1080p?

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar yang telah bersedia dengan peranti Windows Phone 8 mereka, ZTE tidak ingin ketinggalan sama, dimana mereka merancang untuk memperkenalkan phablet Windows Phone 8 sekitar 5.9-inci dengan paparan 1080p pada tahun hadapan.

Maklumat lanjut berkenaan dengan peranti tersebut masih kekal rahsia buat masa ini. Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ialah ia akan menyertakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan resolusi paparan 1920×1080 pixel, sekaligus mengatasi resolusi yang dibawakan oleh Lumia 920.

ZTE masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Dan sekiranya ia benar, dan memandangkan ZTE yang akan mengeluarkannya, mungkin kita akan melihat harga jualannya lebih murah berbanding pesaing yang lain di pasaran.


TIPS & ULASAN