Cari @ Amanz

Mengikut jadual pembangunan seperti biasa, hari ini, Google telah pun mengeluarkan pelayar web versi terbaru mereka, iaitu Chrome 23, membolehkan semua pengguna seluruh dunia memuat-turun dan menggunakannya pada desktop mereka.

Chrome 23 didatangkan dengan beberapa perkara baru, termasuk sokongan WebRTC dan juga PeerConnection. Pada masa yang sama, untuk pengguna Windows pula, Chrome dilengkapi dengan sokongan decoding video menggunakan hardware acceleration, sekaligus menjadikan kurang penggunaan tenaga, dan membawakan hasil yang lebih baik pada komputer dengan kuasa prestasi rendah.

Menurut Google, melalui sokongan GPU-accelerated ini, bateri bertahan selama 25% lebih lama berbanding kebiasaan. Chrome 23 juga turut menyertakan sokongan Do Not Track padanya, memberikan lebih privasi kepada pengguna ketika melayari laman web. Sokongan mengawal kebenaran pada sesuatu web yang dinantikan ramai turut sama diperkenalkan secara rasmi pada Chrome 23 versi stabil ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd