TeratoTech Melancarkan Aplikasi iAES Tracker Untuk Android

TeratoTech Melancarkan Aplikasi iAES Tracker Untuk Android

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa aplikasi berkaitan AES yang terdapat pada Google Play Store, hari ini, Terato Tech turut sama hadir dengan aplikasi mereka tersendiri, dinamakan sebagai iAES Tracker, dan ditawarkan secara percuma.

iAES Tracker berfungsi dengan menggunakan GPS untuk mengetahui lokasi semasa anda, dan mengeluarkan notifikasi dan amaran apabila anda semakin menghampiri sesuatu kamera AES yang berdekatan. Anda boleh mengetahui berapakah had laju sesuatu kawasan itu, disamping pada masa yang sama mengetahui kelajuan yang dibawa oleh anda pada ketika itu.

Para pengguna juga turut sama boleh menetapkan pada jarak berapakah mereka ingin mendapatkan amaran daripada aplikasi berkenaan.

Muat-Turun Aplikasi iAES Tracker Dari Google Play Store


TIPS & ULASAN