iPad Mini 2 Bakal Menyertakan Paparan Retina

iPad Mini 2 Bakal Menyertakan Paparan Retina

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

iPad Mini yang diperkenalkan baru-baru ini masih lagi belum dilancarkan dan dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi dengan pantas, kini laporan awal mengenai kemaskini untuknya telah pun mula kedengaran, mengatakan Apple bakal menyertakan skrin dengan paparan 324PPI padanya kelak.

Salah satu komen yang diterima daripada ramai pengguna awal iPad Mini adalah kekurangan paparan Retina padanya, dan Apple seperti dijangkakan ramai, bakal memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet bersaiz 7.9-inci tersebut dengan skrin dengan sokongannya pada tahun hadapan.

Ia diperkatakan pengeluaran untuk skrin bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel bakal dimulakan pada pertengahan tahun kedua 2013 kelak. Dengan penggunaan paparan beresolusi tinggi, ia juga mungkin akan turut membuatkan Apple hadir dengan bateri berkapasiti tinggi, membolehkan pengguna menggunakannya sekitar 10 jam seperti biasa.

iPad Mini dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun keempat tahun hadapan. Namun, dengan pengenalan iPad generasi ke empat lebih awal daripada apa yang dijangkakan, pelbagai kemungkinan boleh dijangkakan, dimana mungkin Apple hadir dengan kemaskini iPad Mini lebih awal, mahupun sebaliknya.

Beberapa laporan turut mengatakan ia bakal membawakan skrin dengan 497PPI padanya. Namun, dari pengiraan yang dilakukan, ia adalah sekitar 324PPI


TIPS & ULASAN