Pemain Media VLC Untuk Windows 8 Dipertontonkan

Pemain Media VLC Untuk Windows 8 Dipertontonkan

Diterbitkan pada November 8, 2012 oleh .

VLC merupakan salah satu pemain media yang popular, bukan sahaja untuk Windows, tetapi turut sama pada platform lain termasuk Mac dan juga Linux. Terkini, dalam memperluaskan sokongan pada pelbagai platform, sebuah video khas dikongsikan pembangunnya, memperlihatkan VLC untuk Windows 8.

VLC untuk Windows 8 ini kelihatan membawakan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan, termasuk menyertakan elemen rekabentuk antaramuka Windows 8 padanya.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada akan dilancarkan ataupun tidak. Melalui video yang dipertontonkan, pembangunnya berkongsi yang mana pemain media VLC ini menggunakan beberapa kebergantungan API, yang mana mungkin membuatkan ia tidak diterbitkan oleh Microsoft pada Windows Store.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan Windows 8, mungkin kelak akan terdapat salah satu cara untuk menggunakannya, dengan memuat-turun secara berasingan dan menetapkan VLC sebagai pemain media utama mereka. Tetapi untuk para pengguna Windows RT yang hanya perlu bergantung kepada aplikasi daripada Windows Store, mungkin mereka memerlukan sebuah pemain media dengan sokongan pelbagai codec seperti VLC ini.

Semestinya ramai yang berharap agak ia diterbitkan pada Windows Store, sekaligus memudahkan penggunaan fail media pada Windows RT dan juga Windows 8. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada pembangunnya.


TIPS & ULASAN