Cari @ Amanz

Telefon pintar yang membawakan skrin 1080p dijangka akan memenuhi pasaran pada tahun hadapan, dan salah satunya yang kedengaran sekarang adalah peranti daripada Sony, yang dikenali dengan nama Yuga buat masa ini.

Sony Yuga ini bakal menggunakan Android sebagai sistem operasinya, dimana mengikut laporan awal, ia bakal dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz (mungkin S4 Pro), serta membawakan memori sebanyak 2GB RAM. Dari segi saiz skrin pula, ia dikatakan Yuga bakal menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p padanya. Peranti ini turut dikatakan bakal dilengkapi dengan kamera 12-megapixel untuk tujuan rakaman gambar dan video.

Maklumat lanjut berkenaan bilakah Yuga bakal hadir ke pasaran tempatan, selain apakah ciri-ciri tambahan padanya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd