Acer Melancarkan Siri Perkomputeran Windows 8 Untuk Pasaran Malaysia

Acer Melancarkan Siri Perkomputeran Windows 8 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 8, 2012 oleh .
Harga Komputer Windows 8 Acer
Aspire S7 (13.3-inci) RM3799
Aspire S7 (11.6-inci) RM3599
Iconia W510 (Tablet) RM1699
Iconia W510 (Tablet + Papan Kekunci) RM2199
Iconia W700 RM2199
Aspire 7600U RM4999
Aspire 5600U RM3399

Hari ini, Acer Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan siri komputer Windows 8 mereka, memperlihatkan pelbagai variasi peranti diperkenalkan, daripada tablet, komputer riba, sehinggalah kepada komputer AIO mereka.

Seperti semua sedia maklum, peranti yang difokuskan oleh pihak Acer pada pelancaran kali ini adalah semestinya Acer Aspire S7, yang mana membawakan rekabentuk yang nipis, ringan dan kukuh, bersama-sama sokongan skrin sentuh padanya. Untuk pasaran Malaysia, dua variasi disediakan, iaitu Acer Aspire S7 13.3-inci dan juga 11.6-inci. Kedua-duanya membawakan sokongan skrin sentuh dan paparan skrin penuh, 1920×1080 pixel.

Untuk keluarga tablet pula, Acer memperkenalkan Acer Iconia Tab W510 yang mana membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan bateri bertahan selama sehingga 9 jam, dan tambahan 9 jam apabila disambungkan kepada bahagian dok papan kekunci.

Acer Iconia Tab W700 pula membawakan skrin bersaiz 11.6-inci padanya, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core padanya, membawakan kuasa pemprosesan lebih tinggi berbanding Iconia Tab W510.

Untuk keluarga komputer semua dalam satu pula, Acer memperkenalkan Acer Aspire 7600U, yang mana membawakan skrin bersaiz 27-inci dengan sokongan skrin sentuh, dan dilengkapi paparan HD penuh, 1920×1080 pixel. Ia turut ditawarkan dengan pilihan skrin bersaiz 23-inci melalui Acer Aspire 5600U.

Kesemua produk Acer yang dilancarkan hari ini boleh didapati daripada para pengedar rasmi dan pusat jualan Acer sah diseluruh negara.


TIPS & ULASAN