Angry Birds Star Wars Dilancarkan Untuk Android, iOS Dan Windows Phone

Angry Birds Star Wars Dilancarkan Untuk Android, iOS Dan Windows Phone

Diterbitkan pada November 8, 2012 oleh .

Hari ini, seperti mana yang dinantikan, pihak Rovio telah pun melancarkan permainan terbaru mereka, Angry Birds Star Wars untuk pelbagai platform, menawarkan permainan popular mereka dengan beberapa watak-watak Star Wars padanya.

Pada masa yang sama, permainan ini turut mengintegrasikan elemen permainan Star Wars, seperti menggunakan lightsaber dan membawakan beberapa ciri-ciri menarik yang eksklusif untuk sesuatu watak.

Seperti biasa, permainan ini dilancarkan secara percuma untuk Android, berharga $0.99 untuk iOS dan juga Windows Phone. Mungkin kami akan kongsikan lebih lanjut dan membuat ulasan ringkas permainan ini dalam masa terdekat.

Muat-Turun Angry Birds Star Wars daripada Google Play


Muat-Turun Angry Birds Star Wars daripada iTunes


Muat-Turun Angry Birds Star Wars daripada Windows Phone Store


TIPS & ULASAN