LG Memperkenalkan Monitor 29-inci Dengan Paparan 21:9

LG Memperkenalkan Monitor 29-inci Dengan Paparan 21:9

Diterbitkan pada November 8, 2012 oleh .

Selain daripada dunia peranti mudah-alih yang melihat skrin menjadi semakin besar dari hari ke hari, ia juga menarik apabila melihat pekembangan dunia monitor, apabila hari ini LG memperkenalkan monitor bersaiz 29-inci dengan paparan 21:9 padanya.

Monitor dengan nama kod EA93 ini membawakan resolusi 2560×1080 pixel padanya, yang mana selain daripada hanya paparan dengan keluasan lebih tinggi, ia turut menyertakan speaker stereo 7w, serta dioptimasikan untuk penggunaan tenaga. LG mengatakan ia menjimatkan lebih 25% tenaga berbanding pesaing mereka dengan skrin bersaiz sama.

Monitor terbaru ini turut dilengkapi dengan pelbagai sokongan seperti port USB 3.0, port HDMI, Audio In, Headphone Out, dan juga display port padanya.

Ia turut didatangkan bersama-sama sokongan perisian khas, membolehkan pengguna memecahkan skrin mereka kepada empat bahagian, dan membuat lebih banyak aktiviti pada masa yang sama. Monitor baru ini dijangka akan mula dijual di seluruh dunia dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN