Cari @ Amanz

Live Tiles, Kids Corner, People Hub (Rooms), sokongan VoIP lebih baik, integrasi SkyDriveWindows Phone 8 merupakan salah satu platform mudah-alih yang diumumkan oleh Microsoft baru-baru ini selain daripada sistem operasi Windows 8 mereka, dan hari ini, Microsoft Malaysia secara rasminya memperlihatkan fungsi-fungsi tersebut di Malaysia, bersama-sama beberapa peranti baru yang menggunakannya.

[amanz-gallery]

Microsoft menggunakan slogan Most Personal Smartphone untuk Windows Phone 8, dimana melalui sokongan Live Tiles yang serba baru, membolehkan pengguna menyusun aplikasi kegemaran mereka pada halaman utama skrin tersebut, yang mana semestinya berbeza bagi setiap pengguna, berdasarkan kepada minat masing-masing.

Sokongan Tiles Yang Boleh Diubah Saiz

Windows Phone 8 - Ubah Saiz TilesPada Windows Phone 8, salah satu fungsi yang sedia diketahui dan diminati ramai pengguna adalah kebolehan untuk mengubah saiz Tiles, sekaligus membolehkan pengguna menyusunnya dengan lebih baik lagi mengikut kepentingan dan minat seseorang.

Pada skrin utama, pengguna boleh pin akan pelbagai perkara, daripada bukan sahaja aplikasi, tetapi turut sama laman web kegemaran, arah perjalanan, permainan, dokumen, malah turut sama pin akan nama rakan anda padanya.

Kids Corner

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang gemar bermain menggunakan telefon pintar anda, semestinya salah satu fungsi yang akan diminati anda adalah Kids Corner.

Pada Kids Corner, ia membolehkan para pengguna untuk dengan mudah menetapkan apakah aplikasi yang boleh diakses oleh seseorang itu, dan mengaktifkannya sebelum memberikan ia kepada mereka. Dengan mengaktifkan, akses hanya akan diberikan kepada Kids Corner dengan aplikasi yang diberikan kebenaran padanya, manakala untuk memasuki Windows Phone seperti biasa, perlu memasukkan kata laluan untuknya.

Rooms

Microsoft turut sama ingin memudahkan para pengguna untuk berinteraksi dengan mudah bersama-sama rakan dan ahli keluarga yang lain, dimana melalui Rooms, para pengguna boleh berbincang dengan senarai hubungan mereka di People Hub, dan menggunakannya dalam membincangkan pelbagai perkara, dan berkongsi kalendar, gambar dan sebagainya.

Kamera

Windows Phone 8 - Lens

Kamera pada Windows Phone 8 turut menerima beberapa kemaskini, membolehkan ia dimulakan dengan hanya menekan satu butang sahaja, seterusnya merakamkan gambar dengan mudah.

Untuk memberikan impak yang lebih menarik, para pengguna turut sama boleh menggunakan Lensa, salah satu tambahan aplikasi yang boleh dimuat-turun dan ditambah pada aplikasi kamera utama anda, sekaligus memberikan efek dan beberapa perkara interaktif kepada hasil rakaman anda menggunakannya.

Lain-Lain

Beberapa sokongan lain yang turut disertakan adalah sokongan NFC yang boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara, sokongan VoIP yang sentiasa aktif – terutamanya Skype, integrasi Skydrive dengan lebih menyeluruh, dan beberapa perkara yang lain lagi.

Peranti Dengan Windows Phone 8

HTC Windows Phone 8X pada bulan ini pada harga RM1799Nokia, Samsung dan juga HTC masing-masing akan hadir dan memperkenalkan peranti mereka untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat, dan yang paling terawal dijangka adalah HTC dengan HTC Windows Phone 8X yang bakal dijual pada harga RM1799.

Nokia Lumia 920, Lumia 820 juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia seawal bulan hadapan, namun masih tiada pengesahan rasmi berkenaan dengannya buat masa ini. Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang maklumat berkaitan Samsung ATIV S untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Windows Phone 8 - Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd