Bagi mereka yang gemar membaca, selain daripada Wikipedia dan beberapa laman yang lain, salah satu yang mungkin menjadi kegemaran adalah Google Books, yang menawarkan pelbagai pilihan buku digital, termasuk berbahasa Malaysia. Kini, anda turut sama boleh mengambil kelebihan tersebut, dan memuat-turun ia dalam bentuk PDF dan sebagainya dengan mudah.
Untuk menjayakan perkara ini, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah FSS Google Books Downloader, yang mana ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Windows.
Melalui perisian ini, ia membawakan cara penggunaan yang amat mudah, dimana para pengguna hanya perlu menyalin URL buku atau majalah di Google Books yang menjadi kegemaran mereka, dan seterusnya memasukkannya pada FSS Google Books Downloader. Kemudiannya, anda dikehendaki memilih format yang menjadi kegemaran anda, dimana pilihan yang disediakan adalah PDF, JPG dan juga PNG.
Sebaik sahaja selesai, anda boleh memulakan proses memuat-turun, dimana dalam masa beberapa saat atau minit (bergantung kepada saiz buku digital), anda sudah boleh mendapatkannya dan membacanya secara offline pada komputer anda.