Cari @ Amanz

Bukan satu, tapi tiga watak utamaGTA ataupun nama penuhnya Grand Theft Auto semestinya merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai, apatah lagi ramai yang meminati konsep permainan “dunia terbuka” yang dibawakan olehnya. Terkini, melalui laporan eksklusif oleh majalah Game Informer, ia diketahui GTA5 kelak akan membawakan tiga watak protagonis pada permainan tersebut.

Laporan lanjut berkenaan dengannya akan dikeluarkan oleh Game Informer melalui majalah versi digital mereka yang bakal diterbitkan pada hari ini, yang mana pelbagai lebih maklumat akan diketahui melalui laporan sebanyak 18 halaman oleh mereka kelak.

Daripada apa yang dikongsikan buat masa ini, Game Informer melaporkan Rockstar Games bakal membawakan kawalan protagonis dalam sebuah cara baru yang menarik, disamping membawakan Los Santos – lokasi terbesar yang dibangunkan oleh Rockstar sehingga kini.

Rockstar Games dijangka akan melancarkan permainan GTA V ini pada pertengahan pertama tahun hadapan – 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd