Pemain Video Berasaskan HTML5 Diperkenalkan Pada Wikipedia

Pemain Video Berasaskan HTML5 Diperkenalkan Pada Wikipedia

Diterbitkan pada November 9, 2012 oleh .

Wikipedia telah sekian lama menjadi laman rujukan utama ramai dalam mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkara. Setelah sekian lama memfokuskan kepada teks dan gambar, kini mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan pemain video berasaskan HTML5 yang baruu padanya.

Untuk makluman, ia telah diuji sebelum ini, dan bermula hari ini, pemain video HTML5 ini akan diperkenalkan kepada semua, membolehkan mereka dengan mudah memuat-naik video, mengedit video, dan berkongsi melalui laman Wikipedia. Sokongan baru ini juga akan dijangka memudahkan lagi proses memuat-naik video ke laman mereka, sekaligus membawakan perkongsian video pendidikan setapak ke hadapan lagi.

Pemain video baru ini juga turut sama dilengkapi dengan sokongan menambah captions, sekaligus membolehkan para penyumbang menambah sarikata dan sebagainya menggunakan pelbagai bahasa. Untuk menjayakan perkara ini, Wikipedia bergantung kepada platform video sumber terbuka Kaltura, dan akan mula menggunakan format WebM pada laman mereka.


TIPS & ULASAN