Meetrip Memperluaskan Perkhidmatan Ke Malaysia – Menyertakan Kuala Lumpur Pada Laman Mereka

Meetrip Memperluaskan Perkhidmatan Ke Malaysia – Menyertakan Kuala Lumpur Pada Laman Mereka

Diterbitkan pada November 9, 2012 oleh .

Bagi mereka yang gemar mengembara, mungkin sedia mengenali salah satu laman yang membolehkan penduduk tempatan menawarkan perkhidmatan pelancongan, dinamakan sebagai Meetrip. Dan kini, perkhidmatan tersebut diperluaskan untuk pasaran Malaysia.

Sebagai permulaan ini, hanya Kuala Lumpur sahaja disenaraikan, dan mungkin akan diperluaskan dalam masa terdekat.

Layari : Meetrip.to

Melalui Meetrip, ia membolehkan seseorang yang menetap di Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan pelancongan, dimana anda boleh menyenaraikan apakah aktiviti yang akan dilakukan dan lokasi yang bakal dibawa oleh anda, dan memperlihatkan caj perkhidmatan.

Perkhidmatan ini sekaligus membolehkan pelancong daripada luar negara mendapatkan perkhidmatan anda, dan semestinya anda yang menetap di sini akan lebih mengenali kawasan tempatan, selain mengetahui pelbagai tempat dan lokasi menarik yang boleh dibawa.

Untuk mendapatkan idea lanjut, mungkin boleh menyemak laman Meetrip hari ini, dan mungkin juga menawarkan perkhidmatan anda melaluinya.


TIPS & ULASAN