Pelancaran Fedora 18 Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

Pelancaran Fedora 18 Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 9, 2012 oleh .

Bagi mereka yang meminati sistem operasi sumber terbuka, mungkin sedia kenali akan salah satu distro popular selain Ubuntu, iaitu Fedora. Fedora 18 yang sepatutnya dijadualkan untuk pelancaran awal November, kini ditangguhkan oleh pembangunnya, dan hanya akan dilancarkan sekitar awal Januari kelak.

Melalui jadual pembangunan yang dikemaskini, pihak pembangunnya kini mensasarkan untuk pelancaran versi beta pada 27 November 2012, dan diikuti dengan versi akhir pada 8 Januari 2013 kelak.

Bagi pembangunan projek Fedora, penangguhan selama seminggu dua adalah salah satu perkara biasa, namun, ini baru pertama kali penangguhan sehingga dua bulan berbanding jadual asalnya. Mengikut jadual asal, Fedora 18 disasarkan untuk pelancaran pada 6 November yang lepas.

Penangguhan ini adalah kerana beberapa masalah yang masih tidak diselesaikan sepenuhnya pada aplikasi pemasangan dan kemaskini yang disertakan, Anaconda. Walaupun ia telah dibangunkan semula, namun ia masih tidak berfungsi dengan baik buat masa ini.


TIPS & ULASAN