Aplikasi Voice Untuk WhatsApp Diperkenalkan Untuk Android Dalam Bentuk Beta

Aplikasi Voice Untuk WhatsApp Diperkenalkan Untuk Android Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada November 9, 2012 oleh .

Aplikasi WhatsApp boleh dikatakan antara pekhidmatan permesejan yang popular dikalangan ramai pengguna, sehingga Digi sendiri hadir dengan pakej khas mereka. Dan terkini, salah seorang pembangun bebas hadir dengan sebuah add-on khas untuknya, dinamakan sebagai Voice for WhatsApp.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong pengguna Android 4.0.3 dan terkini, serta penggunaan bahasa Sepanyol, Inggeris dan juga Jerman.

Voice for WhatsApp membolehkan pengguna menerima menggunakan WhatsApp melalui suara, dimana ia akan membolehkan anda menghantar (input) mesej menggunakan suara, ataupun mendengar mesej yang diterima. Sebaik sahaja anda menerima sebarang mesej, ia akan terus secara automatik membacakan kepada anda.

Memandangkan Android 4.0 Ice Cream Sandwich membawakan sokongan input dalam bahasa Malaysia, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat sokongan untuknya diperkenalkan dalam masa akan datang.

Muat-Turun APK Voice for WhatsApp


TIPS & ULASAN