Cari @ Amanz

Sejak daripada awal pagi, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah berkenaan dengan permainan terbaru daripada Rockstar yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan, Grand Theft Auto 5, dan kini lebih banyak paparan skrin mula hadir ke arena internet.

[amanz-gallery]

Daripada apa yang dilaporkan, ia diperkatakan Grand Theft Auto 5 bakal membawakan dunia permainan yang lebih luas, membolehkan pemain menjelajah kepada lebih banyak tempat padanya.

Dari segi permainan pula, Rockstar diperkatakan telah menambah-baik lagi bagaimana tembak-menembak berlaku, disamping pemanduan kereta yang kini memberikan pengalaman lebih kepada bentuk permainan lumba kereta.

Pada GTA V ini, para pemain turut sama boleh mengawal pelbagai jenis kenderaan, daripada basikal, motosikal, kereta, lori, dan sebagainya, sehinggalah kepada helikopter, jet dan sebagainya.

Grand Theft Auto 5 ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun pertama 2013, untuk konsol Xbox 360 dan juga PlayStation 3. Masih tiada sebarang maklumat berkaitan pelancaran untuk PC buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd