Bagi yang pernah menggunakan platform komen pada sesetengah web yang dijana menggunakan sistem daripada Facebook, mungkin telah sedia mengenali akan sokongan “Reply” padanya. Dan kini, ia kelihatan Facebook mula memperluaskan sokongan sama kepada Facebook Pages.
Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihatnya, dan mungkin akan diperluaskan dalam masa terdekat.
Melalui sokongan ini, ia membolehkan para pengguna mendapatkan balasan dalam bentuk lebih teratur lagi berbanding sebelumnya, sekaligus memudahkan untuk merujuk kepada sesuatu perbincangan yang berlaku pada bahagian komen.
Sekiranya anda telah mendapat sokongan ini, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan dengannya bersama kami.