Selamat Ulang-Tahun Ke-8, Firefox

Selamat Ulang-Tahun Ke-8, Firefox

Diterbitkan pada November 9, 2012 oleh .

Bagi mereka yang gemar melayari laman web, semestinya salah satu pelayar web yang menarik adalah Firefox. Hari ini, genap Firefox berusia 8 tahun, sejak Firefox 1.0 dilancarkan pada tahun 2004 yang lepas.

Pada hari ini, walaupun populariti Firefox agak berkurangan dengan kemunculan Chrome, namun Firefox masih mempunyai angka pengguna yang tinggi, apatah lagi dengan fleksibiliti tinggi yang dibawakan padanya, bersama-sama sokongan pelbagai add-on yang terdapat di pasaran.

Pada tahun akan datang, Firefox akan terus berkembang, apatah lagi dengan integrasi sosial yang diperkenalkan baru-baru ini, disamping FirefoxOS yang dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN