Cari @ Amanz

Opera Software dan juga DiGi boleh dikatakan antara rakan kejasama yang memperkenalkan beberapa perkhidmatan menarik untuk pengguna tempatan, dan terkini Opera mengumumkan perkhidmatan dan fungsi terbaru mereka, dinamakan sebagai Opera WebPass.

Sekiranya kebiasaannya para pengguna diperlukan untuk mendail nombor perkhidmatan untuk melanggan akses internet untuk sejam, sehari dan sebagainya, tetapi dengan Opera WebPass, ia tidak lagi diperlukan, dimana pengguna hanya perlu memulakan pelayar web Opera Mini, seterusnya memilih jangka masa dan harga pilihan, seterusnya memulakan pelayaran web anda.

Melaluinya, ia melangkaui masa yang perlu dinantikan untuk pengaktifan dan sebagainya, sekaligus memudahkan para pengguna melayari internet dengan pantas ketika memerlukan.

DiGi masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Namun, menurut Opera Software, DiGi adalah rakan kerjasama pertama untuk perkhidmatan Opera WebPass ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd