HTC Mengumumkan Peranti Windows Phone Untuk Pasaran Malaysia – 8X (RM1799) Dan 8S (RM999)

HTC Mengumumkan Peranti Windows Phone Untuk Pasaran Malaysia – 8X (RM1799) Dan 8S (RM999)

Diterbitkan pada November 10, 2012 oleh .

Peranti Windows Phone 8 pertama di MalaysiaBagi mereka yang menantikan peranti HTC Windows Phone 8X dan juga HTC Windows Phone 8S, hari ini, pihak HTC Malaysia secara rasminya telah pun mengumumkan pelancarannya, dimana boleh didapati bermula pertengahan bulan ini.

Spesifikasi HTC Windows Phone 8X
Cip Qualcomm S4 1.5GHz (dwi-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 16GB
Skrin 4.3-inci Super LCD 2
Kamera 8-megapixel (belakang), 2.1-megapixel(hadapan)
Bateri 1800 mAh
Lain-lain Beats Audio, NFC, GPS GLONASS

Kedua-duanya bakal dijana menggunakan platform Windows Phone 8, dan membawakan beberapa pilihan warna. HTC Windows Phone 8X akan ditawarkan dalam warna biru dan hitam, manakala Windows Phone 8S pula akan ditawarkan dalam pilihan warna merah dan biru.

HTC Windows Phone 8X merupakan peranti Windows Phone dengan spesifikasi tinggi daripada HTC, yang mana turut dilengkapi dengan sokongan audio Beats yang popular, menawarkan kualiti bunyi yang baik berbanding pesaing-pesaing lain. Ia turut sama didatangkan dengan skrin Super LCD 2 dengan resolusi HD untuk paparan yang baik, serta dilindungi dengan Gorilla Glass 2. HTC Windows Phone 8X boleh didapati daripada pengedar rasmi seluruh negara bermula pertengahan November ini.

Spesifikasi HTC Windows Phone 8S
Cip Qualcomm S4 1.0GHz (dwi-teras)
Memori 512MB RAM
Storan Terbina 4GB + mikroSD (~32GB)
Skrin 4.0-inci (480×800)
Kamera 5-megapixel (belakang)
Bateri 1700 mAh
Lain-lain Beats Audio, A-GPS GLONASS

HTC Windows Phone 8S pula jatuh pada kategori mampu milik, dimana hanya ditawarkan pada harga RM999 untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual bermula awal Disember 2012 ini. Walaupun pada harga rendah, ia turut dilengkapi dengan sokongan audi Beats, dan juga kamera yang agak baik untuk rakaman melalui sokongan HTC ImageChip padanya.

Melalui pengumuman ini, ia sekaligus menjadikan HTC sebagai pengeluar peranti terawal yang melancarkan peranti Windows Phone 8 untuk pasaran Malaysia. Ia masih tidak diketahui bilakah Nokia akan melancarkannya untuk pasaran tempatan, disamping Samsung yang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peranti ATIV S untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN