Cari @ Amanz

Terlalu mahal?Jikalau peranti Windows Phone 8 dijual pada harga yang agak menarik, berbeza pula bagi kemaskini keluarga One X ini, dimana HTC Malaysia mengumumkan pelancarannya hari ini, dimana ia akan dijual pada harga cadangan RM2099.

Spesifikasi HTC One X+
Cip NVIDIA Tegra 3 1.7GHz (empat-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 64GB
Skrin 4.7-inci Super LCD2
Kamera 8-megapixel (belakang), 1.6-megapixel (hadapan)
Bateri 2,100 mAh
Lain-lain Beats Audio, HTC ImageChip, GPS GLONASS

Sebagai penambahan berbanding versi sebelumnya, One X+ membawakan kemaskini dari segi prestasi dan masa bertahan baterinya, disamping menyertakan ruangan terbina dalaman yang lebih besar berbanding One X.

HTC One X+ turut sama dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta dilengkapi dengan antaramuka HTC Sense 4+ padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mula mendapatkannya daripada pengedar rasmi HTC One X+ seluruh negara bermula pertengahan bulan ini dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga RM2099. Namun, bagi pengguna yang sedia menggunakan One X, mungkin kemaskini ini agak kurang berbaloi bagi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd