Cari @ Amanz

Facebook boleh dikatakan antara laman yang dimana pengguna menghabiskan sejumlah waktu setiap hari. Namun, kelihatan Facebook masih tidak berpuas-hati, dan ingin terus menarik perhatian pengguna, dengan kini menguji fungsi notifikasi yang disertakan dengan bunyi.

Daripada apa yang dikongsikan, melalui fungsi baru yang sedang diuji pada sekumpulan kecil pengguna Facebook, apabila seseorang menerima sesuatu notifikasi, sebuah bunyi pendek dimainkan, sekaligus membolehkan pengguna memberikan perhatian untuknya.

Ia mungkin hanya sekadar ujian awal, dan Facebook mungkin ingin mendapatkan maklumbalas awal daripada pengguna. Memandangkan boleh diperkatakan pengguna sekarang lebih gemar menyemak notifikasi Facebook terlebih dahulu daripada menyemak emel dan sebagainya, boleh dikatakan fungsi ini mungkin tidak digemari oleh ramai pengguna.

Mungkin juga sekiranya Facebook memperkenalkannya kelak, sebuah halaman tetapan khas akan disediakan untuk mematikan fungsi tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd