Walaupun iPhone 5 masih menjadi tanda tanya bilakah akan dilancarkan di Malaysia, namun kebanyakkan syarikat telekomunikasi telah bersedia dengan nano-SIM, dimana selepas Maxis, DiGi dan juga Celcom, kini UMobile turut sama telah mula menawarkannya kepada pelanggan mereka.
UMobile mengenakan caj sebanyak RM10 untuk nano-SIM daripada mereka, tidak kira untuk pelanggan prabayar mahupun pascabayar, dan boleh didapati daripada semua UM Service Center seluruh negara.
Nano-SIM merupakan rekabentuk kad-SIM yang lebih nipis, dimana bersaiz 60% lebih kecil berbanding kad-SIM biasa, dan 40% lebih kecil berbanding mikro-SIM. Namun, dari segi penggunaan, ia membawakan fungsi yang sama.
Buat masa ini, hanya iPhone 5 sahaja yang menggunakan nano-SIM.