Carian
Bagaimana Memulakan Windows 8 Terus Ke Mod Desktop?
November 10, 2012 Aman

Pada Windows 8, mungkin ada yang tidak berapa minat antaramuka halaman utama padanya (Metro?), dan ingin memulakan komputer terus menggunakan mod desktop, dan bukannya antaramuka Windows 8.

Untuk melakukan perkara ini, terdapat beberapa kaedah termasuk mengubah pada Registry dan sebagainya. Namun, bagi pengguna biasa, mungkin ia agak sukar, dan untuk memudahkannya, salah satu aplikasi yang menarik adalah StartOnDesktop.

Aplikasi percuma ini membolehkan anda mengaktifkan dan nyah-akitfkan mod desktop pada Windows 8 dengan hanya satu klik sahaja, tanpa perlu memulakan semula komputer dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi percuma ini hari ini, dan mula mengakses terus ke mod desktop pada Windows 8 setiap kali anda memulakan komputer.

Komen