iClouDrive Membawakan Fungsi Seumpama iDisk Untuk Pengguna Mac OS X

Diterbitkan pada Nov 11, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para pengguna Mac, mungkin anda ingat akan fungsi iDisk pada MobileMe yang membolehkan anda sync pelbagai fail dan dokumen pada komputer anda, tetapi apabila MobileMe dikemaskini kepada iCloud, fungsi tersebut dimatikan. Kini, anda boleh mengembalikannya melalui sebuah aplikasi ringkas dinamakan iClouDrive.

iClouDrive menggunakan ruangan storan dalam akaun iCloud para pengguna, sekaligus membolehkan pelbagai jenis fail di sync pada komputer Mac mereka. Aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun ketiga ini ditawarkan secara percuma, dan boleh digunakan pada Snow Leopard, Lion dan juga Mountain Lion.

Namun, sekiranya anda mempunyai komputer selain daripada Mac yang ingin anda sync dail dan dokumen, mungkin boleh kekal menggunakan Dropbox dan SkyDrive, yang mana menawarkan sokongan lebih kurang sama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami