Facebook Memperkenalkan Sokongan Pin Pada Facebook Groups

Facebook Memperkenalkan Sokongan Pin Pada Facebook Groups

Diterbitkan pada November 11, 2012 oleh .

Nampaknya, penghujung minggu ini, pembangun di Facebook agak aktif dalam menguji fungsi baru. Selepas ia kelihatan beberapa Facebook Pages mendapat sokongan “Reply” pada komen, kini turut sama kelihatan adalah sokongan Pin Post pada Facebook Groups.

Ia tidak diketahui sejak bilakah sokongan ini telah diaktifkan, tetapi daripada apa yang diperlihatkan, ia adalah salah satu fungsi yang berguna untuk pentadbir sesuatu Groups di Facebook, sekaligus memudahkan ahli-ahli mereka mengetahui apakah pengumuman ataupun kemaskini penting pada Facebook Groups tertentu.

Untuk menggunakannya, seseorang pentadbir Facebook Groups itu hanya perlu klik pada butang pada bahagian atas-kanan di sesuatu kemaskini status, dan kemudiannya, memilih untuk Pin.

TIP AWAL DARIPADA FAIZ


TIPS & ULASAN