Apple Dan HTC Menandatangani Perjanjian 10 Tahun Berkaitan Paten

Apple Dan HTC Menandatangani Perjanjian 10 Tahun Berkaitan Paten

Diterbitkan pada November 11, 2012 oleh .

Bagaimana dengan Samsung?Dengan pelbagai berita saman-menyaman dan sebagainya, hari ini, HTC dan juga Apple mengumumkan bersama yang mana mereka berdua akan menamatkannya, dengan menandatangani perjanjian perlesenan selama 10 tahun.

Menariknya, dari perjanjian yang dicapai, ia bukan sahaja untuk paten yang telah sedia dipegang oleh kedua-dua gergasi, tetapi turut sama untuk paten dan hak cipta yang bakal didaftarkan pada masa akan datang.

Bersama-sama pengumuman ini, ia membolehkan pihak HTC menggunakan beberapa fungsi yang didaftarkan oleh Apple, seperti slide-to-unlock, sokongan carian universal, dan beberapa yang lain. Disamping yang sama, Apple juga boleh menggunakan beberapa fungsi yang dipatenkan oleh HTC dalam arena teknologi ini.


TIPS & ULASAN