Tablet rasmi Windows 8 daripada Microsoft, iaitu Surface masih lagi dinantikan ramai pengguna tempatan. Ia masih tidak diketahui bilakah akan dilancarkan di Malaysia, memandangkan ia tidak menghadirkan diri ketika pelancaran Windows 8 peringkat Malaysia mahupun Asia Pasifik.
Sistem Operasi | Windows RT |
Skrin | 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel) |
Storan | 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0 |
CPU | NVIDIA Tegra 3 empat-teras. |
Memori | 2GB RAM |
Kamera | 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams |
Namun, mungkin perkara ini akan berubah tidak lama lagi, apabila kini Surface mula memperlihatkan dirinya di Malaysia, ketika acara WOWZapp yang diadakan semalam dan hari ini di Cyberjaya.
Dengan kehadirannya, ia turut menjadikan ramai tertanya-tanya bilakah Surface akan dilancarkan di Malaysia. Sementara Microsoft masih mendiamkan diri, rakan kerjasama pengeluar peranti yang lain, seperti Asus, Acer dan juga Samsung telah pun melancarkan tablet Windows 8 masing-masing untuk pasaran Malaysia pada awal bulan ini.
Buat masa ini, tarikh pastinya masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, Microsoft Malaysia telah pun memegang hak untuk nama domain Surface.my yang mana kini membawa pengguna ke laman carian Bing.