Ghost Ingin Membawakan Kembali Proses Menulis Dan Menerbitkan Blog Yang Mudah

Ghost Ingin Membawakan Kembali Proses Menulis Dan Menerbitkan Blog Yang Mudah

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

WordPress sejak diperkenalkan pada tahun 2005, telah melalui pelbagai perubahan, daripada hanya memfokuskan kepada penulisan blog, kini telah berubah menjadi sebuah CMS, yang menawarkan ciri-ciri tambahan. Walaupun ia merupakan salah satu perkara baik, bagaimana dengan mereka yang hanya inginkan sesuatu platform yang mudah untuk menulis blog?

Untuk menyelesaikan perkara ini, salah satu perkara yang sedang dibangunkan adalah Ghost. Ghost merupakan salah satu idea konsep yang pernah dikongsikan salah seorang perekabentuk, dan memandangkan ia mendapat pelbagai pandangan positif, kini ia bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Baca : Konsep Ghost

Ghost ini kelak hanya akan memfokuskan kepada penulisan blog sahaja, dan akan kekal minimalis seberapa yang mungkin. Tiada sokongan komen dan sebagainya akan disertakan, tetapi pengguna yang berminat boleh mendapatkannya melalui penggunaan plugin, seperti Facebook Comment, Intense Debate, dan sebagainya.

Namun, untuk permulaan, ia masih akan bergantung kepada sistem WordPress, dan akan diperkenalkan sebagai sebuah plugin khas. Plugin Ghost ini kelak akan mengantikan penggunaan /wp-admin/ dan menggunakan folder dinamakan /ghost/, serta menawarkan antaramuka yang menarik, dan fokus kepada penulisan.

Selepas melalui beberapa fasa pembangunan, ia dijangka akan diperkenalkan secara berasingan sebagai sistem tersendiri.

Bagi mereka yang berminat dengannya, boleh mendaftarkan diri anda untuk mencubanya, di laman TryGhost hari ini, ataupun mengikuti perkembangan semasa pembangunanya di laman John O’Nolan.

Daftar minat untuk Ghost


TIPS & ULASAN