BudgetBuddy – Memudahkan Pengurusan Kewangan Pada Peranti Windows Phone Anda

BudgetBuddy – Memudahkan Pengurusan Kewangan Pada Peranti Windows Phone Anda

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk menguruskan kewangan anda pada Windows Phone 7, seperti Toshl dan sebagainya. Namun, salah satu aplikasi yang agak menarik minat kami adalah Budget Buddy.

Walaupun disertakan dengan iklan yang mungkin agak tidak diminati ramai, namun, salah satu sokongan yang menarik padanya adalah kebolehan untuk merakamkan gambar resit, dan memasukkan datanya pada suatu ketika kelak.

Fungsi ini mungkin agak berguna bagi mereka yang sentiasa bergerak, dan tidak sempat untuk memasukkan data secara manual dan sebagainya, membolehkan mereka hanya merakamkan gambar resit, dan kemudiannya memasukkan data apabila tiba dirumah ataupun ketika sedang rehat dari waktu kerja.

Selain daripada itu, sokongan lain seperti memasukkan pendapatan, dan mengira baki wang semuanya turut disertakan, memudahkan pengurusan kewangan anda terus melaluinya.

Jadi, bagi mereka yang inginkan alternatif untuk Toshl pada Windows Phone 7, mungkin boleh mencuba aplikasi Budget Buddy yang boleh didapatkan secara percuma daripada Windows Phone Marketplace hari ini.

Muat-Turun Budget Buddy Untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN