Skype Preview Untuk Windows Phone 8 Sedia Dimuat-Turun

Skype Preview Untuk Windows Phone 8 Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

Selain daripada kemaskini Skype untuk Windows 8, Microsoft turut sama membawakan Skype versi serba baru untuk Windows Phone 8. Dan hari ini, mereka yang telah sedia menggunakannya, boleh memuat-turun Skype Preview pada peranti Windows Phone 8 mereka.

Memandangkan pada Windows Phone 8, ia mengintegrasikan pelbagai sokongan VoIP padanya, maka ia sekaligus membolehkan Skype beroperasi pada latar, serta membolehkan anda menerima notifikasi untuk panggilan mahupun mesej walaupun ketika menggunakan aplikasi lain dan sebagainya.

Namun, untuk versi Skype Preview ini, beberapa fungsi masih tidak boleh digunakan sepenuhnya, dan Microsoft dijangka akan memperkenalkannnya kepada pengguna tidak lama lagi.

Bagi mereka yang mempunyai peranti dengan Windows Phone 8, boleh memuat-turun Skype Preview hari ini, dan mencubanya sendiri sokongan Skype serba baru pada Windows Phone 8.

Muat-Turun Skype Preview Untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN