Samsung Dilaporkan Menaikkan Harga Pembuatan Cip iPhone Dan iPad Sebanyak 20%

Samsung Dilaporkan Menaikkan Harga Pembuatan Cip iPhone Dan iPad Sebanyak 20%

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang mungkin sedia diketahui umum adalah, dimana walaupun Apple merekabentuk sendiri cip pemprosesan mudah-alih mereka, namun pembuatannya dilakukan oleh Samsung, dan kini ia dilaporkan harga pembuatannya dinaikkan sebanyak 20%.

Apakah sebab Samsung menaikkan harga masih tidak diketahui lagi buat masa ini, namun ia diperkatakan Apple telah pun menerima permintaan Samsung tersebut.

Apple sendiri walaupun mempunyai beberapa pengeluar alternatif yang lain, namun buat masa ini, masih tidak dapat menggantikan musuh tradisi mereka, Samsung, memandangkan masih tiada sesiapa yang dapat menandingi Samsung dari segi pengeluaran buat masa ini.


TIPS & ULASAN