IE10 Preview Bakal Dilancarkan Untuk Windows 7 Esok?

IE10 Preview Bakal Dilancarkan Untuk Windows 7 Esok?

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan yang mana Internet Explorer versi Preview untuk para pengguna Windows 7 akan diperkenalkan pada bulan ini, dan laporan awal mengatakan ia bakal hadir seawal esok untuk pengguna seluruh dunia.

Perkara ini dilaporkan oleh salah sebuah laman web berbahasa Cina, mengatakan pengarah pemasaran Internet Explorer mengesahkannya ketika sebuah acara khas. Ia dilaporkan, Microsoft bakal menyertakan pelbagai sokongan teknologi web semasa melaluinya, disamping beberapa perkara tambahan untuk menjadikan pelayaran web lebih menarik melaluinya.

Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar versi pralihat awal, dan bukannya versi akhir untuk Windows 7. Buat masa ini, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan pelancaran akhir untuknya, dan mungkin ia hanya sekadar akan berlaku pada tahun hadapan – 2013.

Internet Explorer 10 dilaporkan sebagai pelayar web yang terpantas pada Windows 8 sebelum ini, dengan sokongan mesra skrin sentuh dan desktop padanya. Namun, pada Windows 7, mungkin Microsoft agak sukar untuk menandingi beberapa pelayar web alternatif lain seperti Chrome, dan juga Firefox.


TIPS & ULASAN