BlackBerry 10 Bakal Dilancarkan Pada 30 Januari 2013

BlackBerry 10 Bakal Dilancarkan Pada 30 Januari 2013

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

“Bilakah BlackBerry 10 bakal dilancarkan?” Ia merupakan salah satu soalan yang tertanya-tanya oleh ramai pengguna, dan hari ini, RIM melalui halaman blog mereka mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan BlackBerry 10 pada 30 Januari 2013 kelak (31 Januari waktu tempatan?).

RIM turut sama mengatakan ia akan diadakan secara serentak diseluruh dunia, dimana pelancarannya akan diadakan di beberapa buah negara terpilih. Pengumuman berkaitan tarikh jualan dan telefon pintar Blackberry 10 akan dikongsikan pada tarikh tersebut.

BlackBerry 10 merupakan platform operasi mudah-alih terbaru daripada RIM, yang mana menyertakan beberapa inovasi baru padanya, dan membawakan pengalaman penggunaan serba baru pada platform mudah-alih mereka. Daripada beberapa pengumuman sebelum ini, mereka menerima pelbagai maklumbalas positif, walaupun ramai yang tidak menyukai penangguhan pelancaran oleh mereka, disamping bilangan aplikasi untuknya yang sering dipersoalkan.


TIPS & ULASAN