Carian
HTC DLX – Peranti Bersaiz 5-inci Dengan Paparan 1080p Untuk Pasaran Asia?
November 12, 2012 Aman

HTC sebelum ini telah pun melancarkan telefon pintar dengan skrin 5-inci serta sokongan paparan 1080p untuk pasaran Jepun. Semestinya dengan pelancaran tersebut, ramai pengguna di negara lain yang menantikannya, dan kini laporan awal mengatakan HTC bakal memperkenalkannya sebagai HTC DLX untuk pasaran Asia.

Daripada gambaran lakaran awal yang dikongsikan oleh ePrice, ia kelihatan HTC DLX ini membawakan rekabentuk yang agak menarik, dengan kamera yang sedikit tersembul keluar, seperti One X+.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan sekiranya ia mengikuti apa yang dibawakan oleh HTC J Butterfly, maka ia akan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan memori sebanyak 2GB RAM padanya. Ia juga mungkin akan turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean sebagai sistem operasi.

Komen