Laman Mega Kini Menggunakan Domain Mega.co.nz

Laman Mega Kini Menggunakan Domain Mega.co.nz

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

…bakal dilancarkan pada 20 Januari 2013Setelah penggunaan nama domain Me.ga dihalang oleh kerajaan Gabon yang memantau domain .GA, kini Kim Dotcom bakal menggunakan nama domain Mega.co.nz untuk laman baru mereka kelak.

Seperti laman Me.ga sebelum ini, melalui alamat baru ini, laman yang bakal membawakan kembali zaman kegemilangan MegaUpload itu menawarkan beberapa maklumat untuk rakan kerjasama serta para pembangun yang ingin menggunakan API-nya.

Layari : Laman Mega.co.nz

Buat masa ini, info lanjut berkenaan dengannya, dan sama ada Mega ini dan MegaBox yang pernah diperkatakan sebelum ini adalah sama atau berbeza masih tidak diketahui.

Mega.co.nz ini dijangka bakal dilancarkan kepada umum pada 20 Januari 2013 kelak, genap setahun selepas MegaUpload dimatikan oleh pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN