Ura-Ura Awal Berkaitan iPhone 5S Dan Apple iTV Mula Kedengaran

Ura-Ura Awal Berkaitan iPhone 5S Dan Apple iTV Mula Kedengaran

Diterbitkan pada November 12, 2012 oleh .

Sementara iPhone 5, iPad Mini mahupun iPad 4 masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ia tidak menghentikan ura-ura dan laporan awal mengenal produk akan datang daripada Apple kedengaran. Selepas laporan awal berkaitan iPad Mini, kini ia turut kedengaran adalah berkaitan dengan iPhone 5S.

Mengikut laporan awal, ia diperkatakan Apple dalam persiapan awal dan akan mula akan ujian pengeluaran iPhone 5S pada Disember, dan mungkin akan melancarkannya pada pertengahan pertama 2013 kelak.

Ia turut diperkatakan, Apple turut sama akan memperkenalkan iTV yang dinantikan ramai pada pertengahan tahun hadapan juga, sekaligus menambah lagi keluarga keluaran Apple, selain iPad Mini yang turut diperkatakan akan menerima kemaskini pada tahun hadapan.

Semestinya, Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan ini buat masa ini, dan ia masih dibawah kategori ura-ura.

Namun, memandangkan Apple sendiri yang sebelum ini telah memperkenalkan iPad generasi ke-4 dalam tempoh masa kurang setahun sejak iPad 3 dilancarkan, mungkin terdapat kemungkinan untuk Apple memperkenalkan kemaskini iPhone 5 dan iPad Mini dalam masa yang lebih singkat berbanding kebiasaan.


TIPS & ULASAN