Lanjutan daripada Apple dan HTC yang menandatangani perjanjian 10 tahun berkaitan dengan penggunaan paten, kini, salah satu penganalisa mengatakan berkemungkinan ia akan membuat HTC perlu membayar antara $6 hingga $8 untuk setiap telefon pintar yang terjual.
Penganalisa tersebut mengatakan angka tersebut setelah bercakap dengan beberapa orang didalam industri. Ia turut diperkatakan nilai tersebut adalah lebih kecil berbanding apa yang dicadangkan oleh Apple pada awalnya.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan HTC sendiri membayar $5 untuk Microsoft untuk setiap telefon Android yang dijual mereka, disamping Apple yang membayar royalti kepada Nokia untuk jualan peranti mereka.
Maklumat penuh berkaitan dengan perjanjian kerjasama antara HTC dan juga Apple ini masih kekal rahsia, dan apa yang kedengaran buat masa ini hanyalah daripada penganalisa sahaja.