Cari @ Amanz

Ubuntu untuk Android bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun didemonstrasikan pada awal tahun ini, namun sehingga kini tiada sebarang pengeluar yang hadir dengan menggunakannya. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Canonical hadir dengan iklan terbaru untuknya.

Melalui iklan animasi sekitar dua minit ini, Canonical memfokuskan kepada kelebihan Ubuntu untuk Android, yang mana membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka sebagai desktop penuh dan membawanya kemana-mana mereka pergi.

Daripada apa yang pernah diperlihatkan sebelum ini, ia beroperasi seperti telefon pintar Android yang biasa ketika digunakan dalam mod telefon, menawarkan kebebasan untuk para pengguna menggunakan aplikasi, membuat panggilan dan sebagainya.

Dan untuk mengubah ia kepada mod desktop, pengguna hanya perlu memasangnya pada dock yang dihubungkan pada monitor, dan seterusnya menggunakan ia sebagai sistem operasi Ubuntu penuh, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkara dan aplikasi, seperti penggunaan sistem operasi Ubuntu biasa.

Perkara ini dijayakan oleh Canonical dengan mengintegrasikan Ubuntu dan Android bersama, selain mana penggunaan cip pemprosesan berkuasa tinggi pada akhir-akhir ini yang membolehkan ia menjana tenaga pemprosesan yang tinggi.

Canonical masih tidak mengumumkan sebarang rakan kerjasama sehingga ke hari ini, dan mungkin kita boleh nantikan pengenalan rakan kerjasama pertama mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd