Lihat Semua Kemaskini Facebook Pada News Feed Melalui Pautan Khas

Lihat Semua Kemaskini Facebook Pada News Feed Melalui Pautan Khas

Diterbitkan pada November 13, 2012 oleh .

Mungkin akan dimatikan tidak lama lagiBagi mereka yang aktif menggunakan Facebook, mungkin sedia maklum akan berkenaan dimana hanya sekitar 15% kemaskini sahaja diperlihatkan pada News Feed, dan bukan semua aktiviti rakan-rakan anda yang boleh dilihat pada laman sosial tersebut, seperti Facebook suatu ketika dahulu.

Namun, kini ia berubah, apabila salah satu pautan khas ditemui, membolehkan para pengguna mengakses News Feed dalam bentuk lama, sekaligus melihat pelbagai kemaskini, daripada penggunaan aplikasi, perkongsian gambar, Like dan sebagainya padanya, dan menariknya, bebas daripada sebarang Sponsored Story.

Ia diperkatakan oleh Facebook bahawa ia merupakan pautan lama, dan terdapat kemungkinan ia akan dimatikan tidak lama lagi. Dan sementara ia tidak dimatikan, mungkin anda boleh menikmati penggunaannya sementara waktu.

Lihat semua kemaskini Facebook pada News Feed


TIPS & ULASAN