Yahoo! Bakal Melancarkan Antaramuka Baru Untuk Yahoo! Mail

Yahoo! Bakal Melancarkan Antaramuka Baru Untuk Yahoo! Mail

Diterbitkan pada November 13, 2012 oleh .

…menyerupai GMailSelain perubahan pada halaman utama yang lebih dioptimasikan untuk pengguna skrin sentuh, Yahoo! juga dikatakan bakal hadir dengan rekabentuk antaramuka baru untuk perkhidmatan emel mereka.

Ia diperkatakan rekabentuk baru ini kelak akan lebih kemas, dan membawakan antaramuka yang menyerupai GMail. Perubahan baru pada Yahoo! Mail ini dikatakan bakal diperkenalkan pada awal Disember kelak. Yahoo! Mail merupakan antara klien emel yang popular beberapa tahun lepas, sebelum ia dipintas oleh Google baru-baru ini, disamping Microsoft yang turut menawarkan perkhidmatan emel baru mereka melalui Outlook.com yang agak kemas.

Yahoo! dijangka akan memperkenalkan rekabentuk antaramuka baru untuk halaman utama yang memfokuskan kepada kandungan dan menawarkan rekabentuk dengan sokongan skrin sentuh yang semakin menjadi popular sejak pengenalan Windows 8. Mungkin Yahoo! Mail turut sama akan membawakan beberapa elemen daripadanya, dan turut menjadi mesra skrin sentuh.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan dengannya pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN