Cari @ Amanz

Dengan Windows 8 yang memperkenalkan antaramuka mesra skrin sentuh, kini Vimeo turut sama hadir dengan aplikasi rasmi mereka berasaskan Windows 8 (Metro?), yang mana boleh dimuat-turun daripada Windows Store secara percuma oleh semua pengguna.

Aplikasi Vimeo untuk Windows 8 ini membolehkan para pengguna bukan sahaja menonton video dengan mudah dan melalui antaramuka yang menarik, tetapi pada masa yang sama, membolehkan mereka memuat-naik video, dan melihat statistik semasa mingguan terus daripadanya.

Pada Windows Store juga, kelihatan terdapat tiga variasi aplikasi Vimeo untuk pengguna, iaitu aplikasi Vimeo rasmi, serta aplikasi untuk HP dan juga Dell. Namun, secara kasarnya, ia membawakan fungsi yang sama kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd