Cari @ Amanz

Sejak daripada pengenalan Windows 8 tempoh hari, semestinya ramai pengguna Windows Phone sedia ada ternanti-nanti untuk sebahagian daripada fungsi yang dibawakan melalui kemaskini Windows Phone 7.8. Kini, melalui sebuah tweet, ia diketahui kemaskini ini hanya akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Windows Phone Brazil melalui sebuah tweet, mengatakan ia akan dilancarkan pada suku tahun pertama 2013 kelak. Namun, tiada sebarang tarikh pasti yang dikongsikan buat masa ini.

Windows Phone 7.8 dijangka akan membawakan beberapa kemaskini dan tambahan fungsi baru padanya, dan salah satu yang dinantikan ramai adalah kebolehan untuk mengubah saiz Tiles padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd