Call of Duty : Black Ops 2 Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Call of Duty : Black Ops 2 Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 13, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan para peminat permainan Call of Duty, hari ini, secara rasminya permainan terbarunya – Call of Duty : Black Ops 2 telah pun mula dijual di pasaran Malaysia, untuk Xbox 360, PlayStation 3, PC dan juga Wii U.

Call of Duty : Black Ops 2 ini membawakan bentuk permainan tembak-menembak dan aksi, yang mana melibatkan dunia pada sekitar tahun 2025, serta sebahagian daripada permainannya turut mengambil latar masa sekitar 70-an sehingga 80-an. Jalan cerita permainan ini juga adalah bergantung kepada pilihan pemain, sekaligus memberikan bentuk permainan yang berbeza untuk setiap pemain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai permainan video berdekatan anda hari ini, dan mendapatkan daripadanya, untuk konsol atau PC anda.


TIPS & ULASAN